Kini hamil selepas mengamalkan kapsul biji aprikot!
Tuesday, December 2, 2014
Saturday, March 22, 2014
Kongsi ilmu-Akibat kurang tidur
1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
2. Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
3. Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
4. Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
5. Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
6. Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
7. Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua.
8. Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
9. Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
10. Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
sumber ensaiklopedia petua melayu
Thursday, March 20, 2014
Bahaya makan Maggie selalu
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.
Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Wednesday, March 12, 2014
Monday, March 3, 2014
Tanda-tanda kanser payudara
Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.
Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:
1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.
2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.
3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.
4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.
Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?
1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.
2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.
3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.
Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.
4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.
5. Pemakanan - pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.
6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.
7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.
Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body Mass Index (BMI) nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:
Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.
Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.
Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.
Friday, February 21, 2014
Warkah maaf dari Ammar
WARKAH MAAF DARI AMMAR
Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang *terutamanya Shalwati Norshal. *Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.
Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral.*Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.
“Mummy, I am sorry. It was my anger that started this. I will always love you and *nothing will change that.” He ended with PS I will always love *you.” – Ammar ( anak kedua pasangan itu )
” Ibu , saya minta maaf . Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. *Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “
Peguam Shalwati iaitu*Kristofer*Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku.*Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.*
Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.
Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah.*Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari.*Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalahKeadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden
Pegawai pendakwaan , Anna Arnell membantah kehadiran ramai orang di mahkamah. Selepas mahkamah berehat, dua wartawan diminta untuk meninggalkan ruang mahkamah dan memerhatikan prosiding dari bilik lain.
Dakwaan*
Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani *untuk memukul anak mereka.*Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai.*Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.
Gantirugi
Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar.*Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).
Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu.*Selepas rehat waktu tengah hari, mahkamah telah ditunjukkan tiga klip video Arif sedang ditemuramah oleh seorang polis wanita .__________________

Jawapan yang perlu anak Melayu tahu.....
Ada beberapa persoalan yang kadang-kadang sesetengah anak-anak Melayu kita tak tahu nak jawab,sebab pengetahuan sejarah yang cetek atau tak pernah tahu pun pasal sejarah sendiri.Menjawab beberapa persoalan yang kadangkala ditimbulkan untuk memperovokasi sebenarnya teramat mudah,hanya jika,anda semua membaca perihal sejarah anda sendiri.
#1-Orang India yang buka Tanah Melayu,sebab Hindu mula bertapak sebelum Islam.
Jawapan: Jika orang India buka Tanah Melayu mengapa majoriti penduduk di sini bukan orang India?Pasal apa A dikatakan buka sesuatu tempat,sedangkan tempat tu telah ada B duduk lama di situ?Orang Melayu adalah salah satu dari keluarga besar rumpun Nusantara atau saintifiknya Austronesia yang memiliki hubungan terkait dari segi budaya dan linguistik dengan Maori,Samoa,Hawaii,Visaya,Sunda,Jawa,Banjar dan kaum-kaum pribumi Asia Tenggara dan Pasifik yang lainnya.
Mengambil falsafah agama tidak menukarkan orang Melayu kepada bangsa lain.Orang Bali sampai sekarang beragama Hindu,namun adakah mereka orang India?Bahasa apa yang mereka pertuturkan?Kini majoriti orang Melayu beragama Islam.Adakah mereka ini asalnya orang Arab yang membuka Tanah Melayu?Ini hanya logik akal sahaja dan orang yang menimbulkan soalan di atas,sebenarnya hanya membingungkan diri sendiri.
*Kes ini sama seperti Stamford Raffles dikatakan membuka Singapura dan Francis Light membuka Pulau Pinang padahal kedua tempat itu telah lama berpenghuni.
#2-Melayu berasal dari kata 'Malaya' iaitu 'bukit/gunung' dari bahasa-bahasa India berdasarkan gunung-ganang yang banyak terdapat di Tanah Melayu atau berdasarkan Gunung Jerai.
Jawapan: Ini salah.Melayu dan Malaya dua perkataan yang berbeza,mengapa memandai-mandai buat hipotesis mengarut?Contoh,Canada dan Kannada.Adakah negara Canada dibuka oleh orang Kannada?Adakah orang Kannada berasal dari Canada?Atau adakah nama 'Kannada' berasal dari negara Canada?Lagi satu,Jawa dan Javan (anak keempat 'Noah' dalam Old Testament).Adakah orang Jawa berasal dari Javan?Kenapa bahasa Jawa beza dengan bahasa Hebrew (Ibrani/Yahudi)?Jadi,semua hipotesis ini adalah 'rubbish'.Nama 'Melayu' bukan berasal dari kata 'Malaya'.Belum lagi membicarakan kata 'Melayu' yang kononnya dalam bahasa Jawa bermaksud 'lari',dalam bahasa Tagalog bermaksud 'bebas' dan dalam bahasa Khmer bermaksud 'bunga' (malai).Jadi yang mana satu nak ambil ni?Tak usah pening kepala.Melayu tetap Melayu,bukan berasal dari mana-mana bahasa.
*Orang Khmer Purba merujuk Srivijaya dan bahasanya sebagai Malayu,iaitu orang Melayu.
#3-British yang mencipta orang Melayu
Jawapan:Ini satu lagi hipotesis bingung.Sebelum British tiba,catatan-catatan Portugis dan Sepanyol memanggil kita dengan nama 'Malayo' iaitu slang Iberian/Latin kepada perkataan 'Melayu'.Pernah dengar istilah Malayo-Polynesia?Sebelum British tiba,telah ada beratus-ratus manuskrip Melayu yang di dalamnya bersepah perkataan 'Melayu' merujuk kepada nama satu bangsa.Sebelum British tiba,Sulalatus Salatin yang dikarang ketika Kesultanan Johor-Riau menyebutkan nama 'Melayu'.Belum lagi karya-karya dari Riau,Acheh dan Jawa.Jadi kenyataan di atas adalah '******' tahap berat.
#4-Orang Asli adalah penduduk asal sini (Malaysia)
Jawapan:Orang Asli di Malaysia terdiri dari dua kategori: Aslian,iaitu dari segi linguistik,cenderung kepada kelompok bahasa Mon-Khmer.Satu lagi ialah Aborigine Malay,yang bahasa mereka cenderung kepada Austronesia,dengan kata lain mempunyai hubungan linguistik dengan bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay ialah Jakun,Orang Sungai,Orang Kuala dan sebagainya.Salah satu Aborigine Malay yang agak antarabangsa ialah Orang Laut yang boleh ditemui di Burma sebagai Moken dan Thailand sebagai Urak Lawoi.
Orang Melayu berasal dari Aborigine Malay ini,kemudian,sebahagian mereka yang duduk di persisiran pantai,mula berinteraksi dengan dunia luar,malah mereka menyertai perdagangan antarabangsa dan berlayar ke luar negeri sehingga generasi kedua Melayu terbentuk dengan kriteria lebih maju (advance) dari generasi pertama mereka iaitu Aborigine Malay/Proto Melayu.
Ini samalah seperti orang Norseman yang sesetengahnya masih tinggal dipedalaman Scandinavia manakala ada yang berlayar menjadi satu puak bernama Viking yang berdagang,berperang dan berkahwin dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain mewujudkan generasi yang lebih maju selepas itu.
Kesimpulan: Semua persoalan di atas teramatlah mudah dijawab,HANYA JIKA,anda banyak membaca tentang sejarah terutama sejarah Melayu,ditambah dengan membaca sejarah-sejarah bangsa lain di dunia.Semua pattern lebih kurang sama,namun sesetengah orang memprovokasi sejarah Melayu seolah-olah eksklusif,bertujuan untuk mendapatkan tanahair dan keistimewaan orang Melayu,cemburu atau dengki dengan nikmat yang Tuhan kurniakan kepada orang Melayu atau saja berniat jahat kerana terlampau kiasu iaitu bimbang kalau-kalau dihalau dari negara ini atau dicop pendatang setaraf dengan imigran Bangladesh,Indonesia atau Myanmar.
~SK

Tuesday, February 18, 2014
Waktu yang mustajab untuk berdoa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SAW, di antaranya waktu:-
.1. Solat
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika berdiri memulakan dan sesudah selesai solat.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari.
- Di antara waktu Zuhur dan Asar dan selepas waktu Asar.
- Setiap lepas solat fardhu.
“Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya ialah ketika sujud. Maka perbanyaklah doa (di waktu itu).” (H.R. Muslim)
“Tidak seorang pun menaruh keningnya bersujud kepada Allah dan ia berkata: Tuhanku,ampunilah dosaku sebanyak tiga kali, kecuali pada saat ia mengangkat kepalanya telah diampuni dosanya.” (H.R. Ibnu Abi Syaibah)
.
2. Malam
- Malam Jumaat.
- Malam 10 Muharam.
- Malam Nisfu Syaaban.
- Malam Lailatul Qadar.
- Malam Aidilfitri.
- Malam Aidiladha.
- Di pertengahan malam.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga malam yang akhir (waktu sahur).
Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuni.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
.
3. Hari
- Sepanjang hari Jumaat.
- Hari-hari Arafah.
- Semasa bermusafir.
- Ketika berpuasa dan berbuka puasa.
- Sepanjang hari dalam bulan Ramadan.
- Waktu ijabah (saat diperkenankan doa) hari Jumaat, iaitu antaranya:
i) Antara ‘Subuh Saadiq’ sehingga waktu Syuruk.
ii) Waktu Imam membaca Fatihah sehingga ‘Amin’.
iii) Selepas Zawal hingga tergelincir sedepa matahari.
iv) Semasa Imam bangun untuk membaca khutbah sehingga selesai solat Jumaat.
v) Antara waktu Asar sehingga terbenam matahari.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu padamalam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
.
4. Peristiwa
- Ketika hujan turun.
- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika khatam Al-Quran.
- Ketika dalam peperangan atau darurat.
- Ketika Tawaf keliling Kaabah.
- Ketika wukuf di padang Arafah.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah, perbanyakkanlah berdoa.” (HR: Ahmad)
Kongsi Ilmu : Cara yang betul guna garam dalam kehidupan kita.
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.
Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi)
Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?
Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.
Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.
Sebab?
Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Wallahu'alam.
Taken from Ustazah Masjid KLIA.

Setiap penyakit ada ubatnya
Hadith:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.
Huraian Hadith:
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

Sunday, February 16, 2014
Cara yang betul untuk makan buah!
TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!
Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...
Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.
Cara yang tepat makan buah;
* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.
BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!
BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!
Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;
badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.
Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.
Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.
MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!
Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).
Cara Terbaik adalah:
Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.
BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih...https://www.facebook.com/ drazimuth2013

BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih...https://www.facebook.com/
Thursday, February 13, 2014
Diet yang sesuai untuk pesakit kanser
Sesiapa yang mempunyai petua boleh kongsi pengalaman dalam membantu pesakit kanser menghadapi kehidupan terutama dari segi pemakanan dan latihan fizikal yang bersesuaian dengan keadaan pesakit. Objektif rawatan komplimentari ini bertujuan meningkatkan sistem imunisasi, detoks hati dan detoks usus. Ketiga-tiga perkara ini penting untuk melawan penyakit metabolik seperti kanser.
Asparagus. Beli satu kilo asparagus ,rebus hingga lembut. Blend jadikan puri dan simpan dalam fridge. Beri makan pada pesakit satu sudu besar 4 kali sehari selama 3 bulan.
Serai. Pesakit-pesakit kanser juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalani dan juga selepas rawatan radiasi serta rawatan kemoterapi. Untuk makluman citral ditemui di dalam serai dan mempunyai banyak manafaat kesihatan yang penting seperti anti kanser, antioksida yang tinggi, menurunkan kolesterol, menurunkan darah tinggi, menyahtoksinkan badan dan mengurangkan sengal tulang. Bagaimana Serai Bertindak?
- Herba serai memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.
- Herba serai mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing. Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai juga membantu menurunkan berat badan.
- Herba serai membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin.
- Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah.
BAGAIMANA SERAI BERTINDAK?
Lemongrass memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.
5.1 DETOKSIFIKASI
Herba serai Citralife mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai Citralife membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing.
Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai Citralife juga membantu menurunkan berat badan.
5.2 PENGHADAMAN
Serai Citralife membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin.
5.3 PENGURANGAN TEKANAN DARAH
Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai Citralife setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah. - See more at: http://minumanherbaserai.blogspot.com/p/testimonial.html#sthash.8iXRYzcC.dpuf
Daun Jarum Tujuh Bilah. Daun herba ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai sebagai ulam atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit, kemudian minum hingga habis. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam.
Tembikai. Tembikai merupakan sumber beta karotena dan mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.
Bawang Putih. Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.
Cili Merah. Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser).
Anggur Merah. Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser. Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun. Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Secara relatifnya diet pengidap kanser terbahagi kepada 4 kategori.
1. Makanan yang memberi tenaga / atau tenaga tambahan kepada sel kanser atau mikrob yang membiak dalam badan anda. Antaranya gula proses,coklat,ais krim sebagainya.
2. Makanan yang menyebabkan kanser, secara amnya ialah makanan dalam tin serta makanan segera seperti burger, sosej dan nugget.
3. Makanan yang menggangu terapi kanser anda dan menjadikan terapi anda tidak berguna. Antarnya ialah tembakau,caffene,alkohol dan klorin.
4. Makanan yang menganggu sistem pertahanan badan anda dari melawan sel kanser. Antaranya ialah semua jenis daging yang dimasak berlebihan. Seperti yang diterangkan bahawa daging yang dipanaskan secara maksima akan menyebabkan agen pencernaan semulajadi dalam daging akan mati dan sistem badan anda akan menghantar trypsin untuk mencerna daging,suatu arahan yang buruk. Enzim “trypsin” dan “chemotrypsin” ia adalah merupakan salah satu dari berjenis jenis enzim yang terdapat dalam tubuh manusia dimana fungsi utamanya ialah mencerna protin.
+ Boleh kongsi petua di ruang komen
Subscribe to:
Comments (Atom)